Fakulti Pertanian telah menjalankan kerjasama dengan syarikat Astera Food Sdn. Bhd. dalam pengkomersialan tanaman Ulam Raja (Cosmos caudatus) mulai 18 April 2023. Sebanyak 2,350 pokok Ulam Raja telah ditanam di Ladang 10, Fakulti Pertanian pada 31 Mei 2023 dan tuaian pertama telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2023 dengan hasil sebanyak 92.9 kilogram. Tuaian seterusnya akan dibuat dua kali lagi dengan sasaran keseluruhan berjumlah 200 kilogram.
Proses penuaian disertai oleh wakil syarikat, staf Ladang 10, beberapa orang pelajar Internship Universiti Putra Malaysia dan seorang pelawat dari Jepun.
Hasil tuaian tumbuhan herba yang dikenali dengan pelbagai khasiat kesihatan ini akan digunakan dalam penghasilan produk seperti serbuk, teh, aiskrim dan kek. Kerjasama ini diharap dapat memberikan faedah yang baik kepada kedua-dua belah pihak.
Date of Input: 07/08/2023 |
Updated: 07/08/2023 | wazien
MEDIA SHARING