Alumni Fakulti Pertanian Kongsi Kerjaya Bersama Genting Plantation Berhad | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Alumni Fakulti Pertanian Kongsi Kerjaya bersama Genting Plantation Berhad

Alumni Fakulti Pertanian Kongsi Kerjaya bersama Genting Plantation Berhad

SERDANG, 25 April – Genting Plantation Berhad telah mengadakan sesi perkongsian kerjaya bersama para pelajar Fakulti Pertanian, UPM. Program yang dianjurkan di Dewan Fakulti Pertanian ini turut dihadiri hampir 150 orang pelajar.

Syarikat yang telah memulakan operasinya sejak tahun 1980 itu berhasrat untuk mencari lebih ramai bakat-bakat baharu sumber manusia khusunya graduan Fakulti Pertanian dari pelbagai latar bidang dalam menyertai syarikat tersebut.


 
Inisiatif ini diperkasakan lagi dengan memperkenalkan Genting Plantations Talent Resources Program (GPTR) yang dijalankan selama 3 bulan dalam mempelajari dan mendapatkan latihan khusus bersama pihak syarikat. Graduan yang menyertai program ini akan diberikan elaun sebanyak RM3,000 sebulan berserta kemudahan lain termasuk insurans.


Jolyn Lim, Pengurus Kanan Sumber Manusia berkata, program ini bertujuan untuk membimbing pemimpin masa hadapan dalam pengurusan perladangan serta sebagai satu platform bagi mewujudkan potensi sepenuhnya melalui Latihan di Tempat Kerja (On-The-Job Training) dengan pakar industri dan jurulatih yang berdedikasi.


 
Turut hadir ke program ini adalah dua orang alumni Fakulti Pertanian yang juga sedang berkhidmat di Genting Plantation Berhad iaitu Encik Abdul Rahim Wilson Abdullah, Bac. Sains Pertanian (Alumni 1995) yang merupakan Senior Vice Presiden, Plantation (Malaysia) dan Encik Mohd Aizat Bin Azmi, Bac. Sains Pertanian (Alumni 2013) yang sedang berkhidmat sebagai Assistant Manager – Plantation.


Hadir sama ke program ini ialah Encik Lau Aik Leong, Encik Wong Xian Gang dan Dr Farrah Melissa Binti Muharam dari Genting Plantation manakala mewakili Fakulti ialah Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Dr. Daljit Singh A/L Karam Singh dan Encik Hanis Johari.
Fakulti Pertanian mempelawa lebih ramai alumni dan syarikat industri untuk bersama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar khususnya dalam bidang pembelajaran dan penyelidikan.
Ikuti informasi dan iklan kerjaya pertanian di Instagram kami

 

Date of Input: 29/04/2024 | Updated: 29/04/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
WXFPWAF~