Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan (PKMK2023) ”Kelestarian Produktiviti Makanan Negara” pada 15 hingga 17 Ogos 2023 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Agensi-Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Persidangan ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Bin Nordin dan majlis penutupan oleh YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu.
Persidangan ini akan melibatkan 400 orang peserta daripada agensi kerajaan, industri dan komuniti pertanian untuk membincang kan isu-isu sekuriti makanan dalam negara secara intensif. Sesi pembentangan dan forum bersama pakar bidang dapat memberikan input terkini berkenaan keperluan makanan semasa dan masa hadapan. Justeru, persidangan ini akan menjadi platform untuk kerjasama antara institusi awam dan swasta, industri serta komuniti pertanian bagi membincangkan isu dan cabaran serta resolusi bagi menjamin kelestarian sekuriti makanan negara.
Pendaftaran masih dibuka.
Date of Input: 15/08/2023 |
Updated: 15/08/2023 | wazien
MEDIA SHARING