Mobiliti Outbound

Program Mobiliti Outbound UPM adalah program yang membolehkan pelajar UPM meluangkan masa di luar negara semasa tahun pengajian mereka. Program mobiliti ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti Pertukaran Semester dan Lawatan Sambil Belajar. Jenis - jenis mobiliti ini dibahagikan lebih lanjut mengikut kategori jangka masa program iaitu mobiliti jangka pendek dan mobiliti jangka panjang.
 
 
 
Lawatan Sambil Belajar / Bengkel : Lawatan sambil belajar yang diperlukan atau pilihan, program musim  panas, kursus budaya atau bahasa, persidangan, bengkel dan lain - lain
     
Pertukaran Semester : Pertukaran semester selama satu (1) atau dua (2) semester di negara asing dan juga institusi asing
     
Sangkutan Penyelidikan dan Kerja Lapangan : Penyelidikan atau kerja lapangan dalam memenuhi program ijazah di institusi asal
     
Latihan Industri dan Program Praktikal : Latihan industri yang diwajibkan atau pilihan sebagai syarat kelulusan di institusi asal

 

Bantuan kewangan hanya akan diberikan kepada program yang menepati kriteria seperti kategori di atas sahaja. Bagi program yang kurang daripada 14 hari tidak akan mendapat bantuan kewangan.

 

 ____________________________________________________________________________________________________________________

 

Para pelajar prasiswazah (bacelor) boleh menyertai Program Mobiliti Outbound UPM di sepanjang pengajian dari semester dua (2) sehingga semester tujuh (7).

 

 ____________________________________________________________________________________________________________________

 

Brunei Darussalam Indonesia
       
Jepun Korea Selatan
       
Filipina Singapura
       
Thailand Vietnam

 

 ____________________________________________________________________________________________________________________

 

  •  
Pelajar tempatan program bacelor (prasiswazah) yang berada dalam semester dua (2) sehingga semester tujuh (7) sahaja
   
  •  
Pelajar tempatan dan antarabangsa program Master dan PhD (pascasiswazah) yang berada dalam semester dua (2) sehingga satu (1) semester sebelum tamat pengajian sahaja
   
  •  
Prestasi akademik yang baik (PNGK 3.0 dan ke atas)
   
  •  
Aktif dalam ko - kurikulum
   
  •  
Bersemangat untuk menghadapi cabaran baharu
   
  •  
Bersedia menjadi duta UPM di luar negara
   
  •  
Bersedia untuk berkongsi pengalaman menjalani program mobiliti selepas kembali ke UPM

 

 ____________________________________________________________________________________________________________________

 

  •  
Terlibat dalam suasana pembelajaran global
  •  
Menambahkan kepelbagaian subjek yang dipelajari dalam ijazah
  •  
Peluang untuk menimba ilmu dari pengajar bertaraf antarabangsa
  •  
Meneroka dan melihat dunia 
  •  
Meluaskan budaya dan sosial 
  •  
Berkenalan dengan rakan baharu dari seluruh dunia
  •  
Meningkatkan prospek kerjaya
  •  
Mempelajari bahasa baharu
  •  
Rangkaian antarabangsa
  •  
Mengasah bakat baharu