Master Sains

 

 

Fakulti Pertanian menawarkan dua Program dengan Tesis; Master Sains (MS) dan Doktor Falsafah (PhD). Di akhir program pelajar perlu menghantar tesis dan memenuhi keperluan minimum 6 kredit kursus (kecuali 9 kredit bagi bidang Perniagaantani dan Ekonomi Pertanian) untuk bergraduat. Pelajar MS juga perlu membentangkan seminar berkaitan penyelidikan yang dijalankan. Tempoh pengajian bagi pelajar MS adalah 1-3 tahun. 

SYARAT KEMASUKAN

Pemohon mesti mempunyai :

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.750 atau setara, seperti yang diterima oleh Senat UPM; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan julat CGPA 2.500 hingga 2.749 boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Sekolah/Institut; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang atau bidang berkaitan atau setara dengan julat CGPA 2.000 hingga CGPA 2.499, boleh diterima tertakluk kepada: -

        i) sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan,
       ii) penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Sekolah/Institut.
  • Calon yang tidak mempunyai kelayakan berkaitan dalam bidang atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan hendaklah mengikuti kursus prasyarat yang bersesuaian yang ditentukan oleh Fakulti/Sekolah/Institut dan memenuhi CGPA minimum; atau
  • Pemohon yang berada di semester akhir program pengajian sarjana mudanya boleh dipertimbangkan untuk kemasukan sementara tertakluk kepada CGPA semasa atau yang setaraf dengannya memenuhi syarat kemasukan program ijazah sarjana; dan

  • Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti/Sekolah/Institut bagi setiap program.

 

BIDANG PENGAJIAN
  • Agronomi
  • Akuakultur
  • Ekonomi Pertanian
  • Entomologi
  • Genetik dan Pembiakbakaan
  • Hortikultur
  • Kelakuan dan Kebajikan Haiwan
  • Patologi Tumbuhan
  • Pengembangan Pertanian
  • Pengurusan Perosak
  • Pengurusan Sumber Tanah
  • Perniagaantani
  • Produksi Haiwan
  • Sains Haiwan
  • Sains Perikanan
  • Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Teknologi Pertanian

 

PERMOHONAN KEMASUKAN     

 Sila memohon dalam talian melalui http://www.sgs.upm.edu.my dan Hantar dokumen sokongan permohonan anda ke alamat berikut:

    Dekan
    Sekolah Pengajian Siswazah
    Universiti Putra Malaysia
    Zone 4, Off Jalan Stadium
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
    (Unit Pengambilan)

    Tel: +603-9769 4218 / 4223 / 4165 / 4169 / 4225
    Email: pg_admission@upm.edu.my 
    Facebook : https://www.facebook.com/sgsupm