HADIAH PELAJAR SISWAZAH

Majlis Anugerah Graduan Cemerlang merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah, Sarjana dan Bacelor di bawah Fakulti Pertanian. Melalui majlis ini, Anugerah Graduan Cemerlang dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada graduan yang mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik malah kokurikulum. Selain daripada memberi pengiktirafan kepada pelajar, anugerah ini turut melahirkan pelajar yang berdaya saing.