Keanggotaan Jawatankuasa

 

   

JKKF
 
Jawatankuasa Kurikulum Fakulti [JKKF] merupakan antara Jawatankuasa dalaman yang tertinggi dalam menentukan hala tuju setiap Program Pengajian yang terdapat di Fakulti Pertanian.  Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (AHEPA) dan dibantu oleh Penolong Pendaftar Kanan.
 

Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah sebagaimana berikut:-

Carta Organisasi JKKF
[Ahli Jawatankuasa] [Terma Rujukan]
 
Antara fungsi Jawatankuasa Kurikulum Fakulti ini adalah:-
 
(a)   Memainkan peranan sebagai punca kuasa tertinggi dalam memutuskan perihal berkaitan dengan hal-ehwal akademik di peringkat fakulti;
     
(b)   Memastikan kesinambungan kecemerlangan fakulti dalam menyediakan perkhidmatan Pendidikan Tinggi tercapai; 
     
(c)   Memastikan dasar dan Perkara Akademik dilaksanakan dengan sebaik mungkin;
     
(d)   Memastikan program pengajian yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran dan terkini;
     
(e)   Mendukung hasrat universiti dalam usaha menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa dengan melahirkan graduan berpersonaliti unggul serta berdaya saing.
 
JKJKA
 
Selain daripada Jawatankuasa Kurikulum Fakulti (JKKF), satu lagi Jawatankuasa penting yang menyokong padu Jawatankuasa Kurikulum Fakulit (JKKF) adalah Jawatankuasa Jaminan Kualiti Akademik.  Jawatankuasa ini lebih mesra dikenali dengan singkatan (JKJKA).
 
Tujuan jawatankuasa ini diperkenalkan adalah bagi memainkan peranan untuk melengkapi Jawatankuasa Kurikulum Fakulti (JKKF) dengan melaksanakan audit serta pemantauan ke atas kualiti sesebuah program pengajian dibangunkan. Antara fungsi utama Jawatankuasa ini adalah:- 
 
Antara fungsi Jawatankuasa Jaminan Kualiti Akademik (JKJKA) adalah:-
 
(a)   Memastikan setiap program pengajian yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mana-mana badan profesional yang berkaitan;
     
(b)   Memainkan peranan sebagai auditor bagi setiap proses pembentukan program baharu atau semakan kurikulum;
     
(c)   Berperanan sebagai media perantaraan untuk menghubungkan pasaran dan industri agar program pengajian yang disediakan bersesuaian dengan keperluan semasa;
     
(d)   Memainkan peranan sebagai pemberi pandangan, kritikan dan cadangan peringkat dalaman setelah mendapat maklum balas daripada pasaran dan industri sebelum sesuatu program pengajian dibangunkan atau sedang dalam proses semakan kurikulum;
     
(e)   Memastikan maklum balas daripada auditor sama ada luar atau dalaman dipertimbangkan dan dikemaskini untuk pembentukan program dan semakan kurikulum yang akan datang.
     
(f)   Memastikan dokumentasi ke atas setiap kurikulum yang dikemaskini mempunyai ketahanan jangka hayat untuk diakses di masa hadapan;
 
Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah sebagaimana berikut:-
 
Carta Organisasi_Jawatankuasa Kurikulum Jaminan Kualiti Akademik
[Carta Organisasi] [Terma Rujukan]
 
 450
 
Keanggotan bagi Jawatankuasa Kurikulum Fakulti (JKKF) dan Jawatankuasa Kurikulum Jaminan Kualiti (JKJKA) adalah di bawah portfolio Akademik dan Antarabangsa manakala bagi portfolio di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Pertanian telah membangunkan Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JKHEPA) peringkat fakulti.
 
Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (AHEPA) sebagai Penasihat, Jawatan dan dibantu oleh seorang Penasihat Persatuan dan tujuh (7) Penasihat Kelab.  Urusetia bagi jawatankuasa ini adalah staf dalam kalangan Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (AHEPA) manakala, Pegawai Pemantau ke atas pelajar adalah pelantikan berdasarkan penempatan ke atas perjawatan Penolong Pendaftar Kanan yang universiti tetapkan.
 
Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah sebagaimana berikut:-
 
 
 [Carta Organisasi] [Terma Rujukan]
 
Antara fungsi dan peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar dan Alumni adalah:-
 
(a)   Memainkan peranan utama dalam menyokong pembentukan dan pembangunan kendiri pelajar melalui aktiviti ko-kurikulum sama ada peringkat fakulti, universiti, kebangsaan atau antarabangsa;
     
(b)   Mencipta peluang kepada pelajar untuk memperkayakan pengalaman pengajian di universiti; 
     
(c)   Mendukung hasrat universiti dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi, berpersonaliti unggul dan mampu bersaing diperingkat global. 
     
(d)   Memantau aktiviti pelajar Fakulti Pertanian dan memastikan setiap aktiviti yang dianjurkan memberi impak positif kepada laluan kerjaya pelajar; 
     
(e)   Merealisasikan impian universiti dalam melahirkan pemimpin masa depan yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pertanian; 
     
(f)   Menjalinkan hubungan baik bersama Alumni Fakulti Pertanian. 
     
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan klik butang berikut:-
   
HEPA
 
Pautan ke Laman Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian dan Kelab-kelab di bawah Fakulti Pertanian
Kelab BSP 
email PERMATANI permatani@upm.edu.my email PERMATANI club_bsp@upm.edu.my
   
Kelab Hortikultur Pelajar  Kelab Akuakultur Pelajar 
email Hort club_hort@upm.edu.my email Akua club_aqua@upm.edu.my
   
Kelab Sains Haiwan Kelab Perniagaantani
email AniSci club_anisci@upm.edu.my email AgriBizclub_agribiz@upm.edu.my 
   
Kelab Perladangan  
email BSPP club_planters@upm.edu.my email kelab BTPP club_agritech@upm.edu.my