Master Pengurusan Perladangan

 

PENDAHULUAN

    

Master Pengurusan Perladangan ialah program pasca siswazah profesional yang mula ditawarkan pada bulan Mei 1998.Program ini ditawarkan di Fakulti Pertanian yang merupakan salah satu daripada tiga fakulti pengasas dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1971. Program ini menyediakan graduan profesional yang mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan komprehensif mengenai pengurusan perladangan dari sudut teknikal dan pengurusan. Program Master Pengurusan Perladangan ini distrukturkan untuk pelajar yang telah bekerja di mana kelas pengajian diadakan pada hujung minggu. Ijazah yang diperolehi adalah melalui kerja kursus (berlainan dengan tesis penyelidikan) di mana pelajar perlu mendaftar dan lulus kursus berjumlah 40 jam kredit untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun pengajian iaitu empat semester. 

Pelajar yang telah diterima masuk ke program ini termasuklah pengurus kanan perladangan, penyelidik, pensyarah, peguam, akauntan dan juga lepasan ijazah. Program ini mendapat perhatian di dalam dan di luar negara khususnya negara tetangga di rantau ASEAN.

 

SYARAT KEMASUKAN

 

Pemohon mesti mempunyai:

  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun, memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.25 atau setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau setaraf
  • Pelajar antarabangsa mesti lulus Bahasa inggeris dengan kelayakan minimum Bahasa inggeris yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
  • Memenuhi semua keperluan am seperti yang ditetapkan Senat UPM.

** Pelajar di luar Bidang perlu mengambil Kursus Prasyarat SST4304 Perubahan Iklim dan Pertanian

 

STRUKTUR PROGRAM

 

 

Program ini terdiri daripada dua komponen utama, teknologi dan pengurusan. Komponen tersebut merangkumi kursus berikut:

Pelajar perlu melengkapkan 40 jam jam kredit untuk kuliah dan 4 jam kredit untuk projek dalam 4 semester.

 

YURAN PENGAJIAN

 

Pelajar Tempatan

Pelajar Antarabangsa

 

SENARAI KURSUS

 

 

HUBUNGI KAMI

 

Dr. Sumaiyah Abdullah
Penyelaras
Program Master Pengurusan Perladangan
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 4248
Email: sumaiyah@upm.edu.my

Cik Nor Shazaharna Atiera binti Mohd Sharulnizam
Pembantu Penyelaras, Program Master Pengurusan Perladangan
Tel : 03-9769 4248
Email : shazaharna@upm.edu.my