| FACULTY OF AGRICULTURE

Webinar Perancangan Guna Tanah ke Arah Sekuriti Makanan Negara

 
Serdang, 12 Ogos 2021 - PLANMalaysia bersama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan webinar bertema “Agenda Sekuriti Makanan: Kritikalkah Sumber Tanah Kita?” dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
 
Webinar ini dianjurkan bagi menyediakan forum untuk membahas isu berkaitan sumber tanah bagi menjamin sekuriti makanan negara. Ia juga diharapkan akan mencetuskan keprihatinan dan menarik perhatian penggubal dasar, ahli akademik, penyelidik, usahawantani serta pelabur untuk bertukar idea dan berinteraksi mengenai pendekatan, program dan dasar yang releven bagi memastikan kedapatan sumber tanah bagi pengeluaran makanan negara.
 
Antara topik-topik yang dibincangkan adalah:
 
1. Perancangan Guna Tanah untuk Sekuriti Makanan Negara
    TPr Gs Dr. Shamsaini Shamsuddin
    (Ketua Pengarah PLANMalaysia)
 
2. Hala Tuju Sektor Agromakanan Negara
    En. Nor Shahbani Nordin
    Timb. Setiausaha, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik,
    Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
 
3. Pengeluaran Tanaman Makanan Negara: Cukupkah Tanah Kita?
    Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Juraimi
    Universiti Putra Malaysia
 
4. Tanah dan Ternakan: Konflik yang Perlu Dirungkai
    Prof. Dr. Anjas Asmara Samsudin
    Universiti Putra Malaysia
 
5. Pengeluaran Perikanan Negara: Sejauh Mana Akuakultur Mengimbangi Bekalan?
    Tuan Haji Abdullah Abd Rahim
    Universiti Putra Malaysia
 
6. Pertanian Bandar (Urban Farming): Satu Perkongsian Pengalaman
    Dr. Juju Nakasha Jaafar
    Universiti Putra Malaysia
 
7. Mempromosi Kebun Pintar (Smart Farming) Kilang Tanaman: Isu dan Cabaran
    En. Chiew Cheik Yee
    Syarikat Vector Urban Grow Farms Sdn. Bhd.
 
Forum yang membincangkan isu berkaitan penggunaan tanah untuk sekuriti makanan turut diadakan pada sesi petang. Forum ini dipengerusikan oleh TPr Rozita Hamit (Pengarah, Bahagian Perancangan Wilayah, PLANMalaysia). Ahli-ahli panel yang terlibat dalam forum ini adalah:
 
1. Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin
    Universiti Putra Malaysia
 
2. TPr Megat Shahril Zainal
    Managing Director
    Environmental Planning Group Sdn. Bhd.
 
3. En. Shahril Faizal Abdul Jani
    Setiausaha, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik,
    Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
 
4. En. Azmi Zainal
    Chief Operating Officer
    Farm Fresh Milk Sdn. Bhd.
 
Pada akhir webinar ini, satu resolusi telah dibentangkan oleh TPr Mohd Faizal Mohd Hamzah (Timb. Ketua Pengarah (Perancangan), PLANMalaysia) serta ucapan penutup telah diberikan oleh Prof. Madya Dr. Nur Azura Adam (Dekan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia).
 
Rakaman video webinar boleh dicapai di laman Facebook Fakulti Pertanian.

SXDdFAO~