| FACULTY OF AGRICULTURE

Tahniah Dr Elisa Azura Azman

 
Tahniah Dr Elisa Azura Azman, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian atas kejayaan sebagai Felo CEO@Faculty Programme 2.0 Musim ke-3.
 
 
Lima orang pensyarah UPM antara 53 Felo yang terpilih dan telah ditawarkan tempat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengikuti salah satu program di bawah Academia-industry Talent Exchange Programme atau AIxCHANGE iaitu CEO@Faculty Programme 2.0 (CFP 2.0). . CFP 2.0 bertemakan ‘Coached by The Pros’ merupakan program sangkutan pensyarah muda daripada Universiti Awam di industri bagi tempoh enam (6) bulan.
 
Program ini bertujuan menerapkan unsur-unsur kepimpinan di kalangan pensyarah muda di peringkat universiti dan mempersiapkan diri mereka sebagai pemimpin yang akan menerajui pengurusan tertinggi pada masa hadapan. Antara objektif utama program ini adalah menyediakan platform pendedahan industri kepada pensyarah muda melalui pengalaman dan pengetahuan secara bimbingan peribadi daripada CEO dan kepimpinan tertinggi syarikat sangkutan industri.
 
Universiti Putra Malaysia merakamkan setinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Mohd Roslan Rosnon dari Fakulti Ekologi Manusia, YBrs. Dr. Elisa Azura Azman dari Fakulti Pertanian, YBrs. Dr. Seri Narti Edayu Sarchio dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, YBrs. Dr. Rosalam Che Me, dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina serta YBrs. Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul di atas lantikan sebagai Felo CEO@Faculty Programme 2.0.
 
Sehubungan itu, 4 daripada 26 industri iaitu Sun Life Malaysia, Duopharma, DreamEdge, dan Maybank Group telah dipilih oleh Kementerian dan menawarkan penempatan bagi pensyarah UPM mengikuti program sangkutan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

SXETUAV~