| FACULTY OF AGRICULTURE

Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 Peringkat Kebangsaan

Fakulti Pertanian telah mewakili UPM dalam pameran pertanian sempena sambutan Hari Peneroka FELDA yang telah diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Slim River, Perak. Sebanyak 6 cadangan projek kerjasama telah dipersetujui dalam membantu FELDA meningkatkan produktiviti dan membantu negara dalam menjamin sekuriti makanan negara.
 
Antaranya program inkubasi usahawantani, projek ternakan akuakultur, tanaman herba, projek ternakan lembu pedaging dan juga pertanian pintar menjadi tumpuan FELDA untuk dilaksanakan secara berfasa. Kerjasama strategik ini merupakan inisiatif YB Dato' Seri Ideris Jusoh selaku Pengerusi FELDA yang mana beliau melihat UPM selaku antara institusi yang memainkan peranan penting dalam pertanian negara. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh beliau, Fakulti Pertanian dan UPM yakin, hasrat ini mampu tercapai memandangkan UPM mempunyai kepakaran dalam bidang yang telah disasarkan.
 
 
 
 

SXDdVA3~