| FACULTY OF AGRICULTURE

IoT in Mangroves Ecosystem Symposium

 

Fakulti Pertanian telah menganjurkan simposium ‘IoT in Mangroves Ecosystem Symposium’ pada 11 Mac 2019 (Isnin) di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia dan Ericsson Malaysia Sdn. Bhd.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM dan turut dihadiri oleh Mr. Todd Ashton, Presiden Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh. Program ini adalah kesinambungan dari Academia-Industry Talent Exchange Programme (AI-xChange): Ceo@Faculty Programme 2.0 ‘Coached by the Pro’ musim kedua yang merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui program ini, Prof. Madya Dr. Natrah Ikhsan dari dari Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian telah ditempatkan di Ericsson Malaysia Sdn. Bhd selama 6 bulan (September 2018 – Februari 2019).

 

 
 

Pada tahun 2019, Prof. Madya Dr. Natrah Ikhsan telah memenangi geran antarabangsa bernilai lebih RM900 ribu yang ditaja oleh European Union di bawah Asi@Connect Trans-Eurasia Information Network (TEIN) yang bertajuk ‘Sustainable Aquatic Resource Management in Mangrove Ecosystem via Internet of Things Application (MEITA). Melalui geran ini, pelbagai pakar akademia dari Eropah (Belgium) dan Asia-Pasifik (Malaysia, Australia, New Zealand, Thailand, China, Bangladesh dan Filipina) termasuk dari pihak industri (Ericsson) dijemput untuk berkerjasama dalam inisiatif kelestarian pengurusan bakau bagi tujuan sekuriti makanan. Internet benda (‘Internet of Things’) akan digunakan sebagai medium untuk memantau pertumbuhan bakau serta persekitarannya (termasuk biodiversiti, perubahan iklim, pencemaran dan bencana alam). Pelbagai program kesedaran dan pemindahan ilmu kepada komuniti dan sekolah akan diadakan untuk pendedahan kepada kepentingan bakau serta keselamatan makan disamping menarik minat pelajar sekolah ke arah aktiviti penyelidikan.

 

 
 

‘IoT in Mangroves Ecosystem Symposium’ adalah salah satu program yang dirancang menyediakan platform jalinan strategik dan kolaborasi di antara akademia dan industri serta penghubung kepada pihak awam bagi isu terkini dalam ekosistem 4IR lestari bakau. Selain Fakulti Pertanian, tiga lagi fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Alam Sekitar dan Fakulti Sains UPM turut terlibat. Selain itu, persatuan yang berkenaan seperti Persatuan Perikanan Malaysia juga terlibat dalam penganjuran simposium ini.

Seramai 120 orang peserta telah menyertai simposium ini.

 
 
 

SXDcSA0~