FP Menang Tiga Pingat Emas Di Program GISC & ISTEMO 2019 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » FP menang tiga pingat emas di program GISC & ISTEMO 2019

FP menang tiga pingat emas di program GISC & ISTEMO 2019

 

Persatuan Guru STEM Malaysia dengan kerjasama Pusat Sains Asasi Pertanian, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains, UPM, serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah menganjurkan program Global I-Lead STEM Camp (GISC) and International STEM Olympiad (ISTEMO) 2019 di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.

Fakulti Pertanian telah menerima tiga kumpulan pelajar dari SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra di bawah seliaan Dr. Mohd Nazri Nayan, Dr. Zarirah Zulperi dan Dr. Nur Bahiah Mohamed Haris dan kumpulan pelajar dari MRSM Arau di bawah seliaan Dr. Jasmin Arif Shah.

 
 
 

Tahniah kepada Fakulti Pertanian yang telah memenangi 3 pingat emas (Dr. Jasmin Arif Shah, Dr. Zarirah Zulperi dan Dr. Nur Bahiah Mohamed Haris) dan 1 pingat perak (Dr. Mohd Nazri Nayan). Tahniah juga kepada kumpulan Dr. Zarirah Zulperi kerana telah memenangi Most Innovative Project Award.

Tahniah kepada Penyelaras Program STEM Fakulti, Dr. Nur Aida Md Tamrin dan semua pemenang!

 
 
 

Date of Input: 03/01/2020 | Updated: 03/01/2020 | amirahhani

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEXVA7~