Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin
 

Bekas Dekan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin berkata langkah itu perlu bagi menambah kecakapan dan meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan pengeluaran makanan,

"Ini kerana sektor pertanian perlu diusahakan secara komersial dengan mengamalkan pengurusan perniagaan dan teknologi pertanian.

"Untuk itu sektor ini perlu lebih ramail lagi usahawantani yang dapat mengamalkan perniagaan dan penggunaan teknologi pertanian," ujarnya.

UPM kata beliau mempunyai kepakaran untuk melatih usahawantani menerusi Program Inkubasi Usahawantani bagi sekiranya diambil perhatian .dalam Bajet 2020 ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi memandang kehadapan, isu bekalan makanan yang mencukupi dengan kualiti, khasiat dan cita rasa yang dikehendaki serta harga mampu beli, ia tidak boleh dilihat dari segi keuntungan pelaburan semata-mata, tetapi daripada sudut pulangan sosial dari segi keamanan dan kestabilan negar perlu di beri penekanan dalam Bajet 2020 ini.

Bajet 2020 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober ini.

Mad Nasir berkata, sektor pertanian di Malaysia secara amnya terbahagi kepada dua subsektor, iaitu tanaman industri dan subsektor makanan.

"Secara amnya, tanaman industri seperti minyak sawit, telah berkembang dengan pesat dan menyumbang dengan signifikan dalam pembangunan negara dan eksport komoditi.

 

"Tanaman industri ini diterajui oleh sektor perladangan yang mempunyai amalan pengurusan yang baik," ujarnya lagi.

Namun bagi subsektor makanan yang terdiri tanaman, ternakan dan perikanan belum lagi setanding dengan pencapaian tanaman industri dan menghadapi banyak isu-isu yang menghalang kepada pembangunan pesat subsektor berkenaan.

Ini kerana kadar sara diri (SSL) adalah rendah bagi makanan asas seperti beras (72 peratus), daging lembu (28 peratus), daging kambing (10 peratus), susu (lima peratus), buah-buahan (66 peratus) dan sayur-syuran sebanyak 39 peratus.

Kesannya, Malaysia menjadi pengimport bersih makanan dengan defisit imbangan dagangan (BOT) yang meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh kata beliau pada tahun 1990, BOT perdagangan makanan adalah RM1.1 bilion.

Pada tahun 2006 pula BOT meningkat kepada RM8.5 bilion, dan RM16.5 bilion pada tahun 2016 yang disebabkan oleh peningkatan import yang lebih tinggi dengan purata sebanyak 10.6 peratus setahun dari 1990 hingga 2015.

Pada masa yang sama, peningkatan eksport adalah sebanyak purata 7.8 peratus setahun.

Justeru ia memerlukan ekosistem dan gandingan antara polisi, teknologi dan keusahawanan seperti berikut:

• Polisi – Negara-negara yang telah mencapai sekuriti makanan yang mampan umumnya mempunyai rekod sokongan yang kuat kepada sektor pengeluaran makanan.

Bagi merangsang pelaburan dalam pengeluaran makanan, insentif kepada sektor swasta mesti diberikan iaitu pulangan kepada pelaburan dalam pengeluaran makanan setanding dengan tanaman industri.

• Teknologi Sistem Pertanian– Salah satu punca iaitu produktiviti pertanian yang rendah di Malaysia adalah kurang penggunaan teknologi sistem pertanian.

Insentif perlu diberi kepada pelaburan dan penyelidikan dalam teknologi sistem pertanian.

Contoh teknologi yang dimaksudkan adalah sensor tanah dan air, pengesanan cuaca, pencitraan satelit, automasi, pertanian menegak, Internet of Things (IoT), kepintaran buatan (AI) nanoteknologi, penggunaan teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) pertanian, robotik, automasi dan pertanian tepat.

• Keusahawanan – Bagi menjamin bekalan makanan, sektor ini memerlukan usahawantani yang boleh mengamalkan pengeluaran makanan secara komersial dan berteknologi tinggi.