Jabatan Teknologi Pertanian (JTP)
memberi tumpuan kepada mempelbagai
dan memperluas serta mengintegrasi
input sains dan teknologi untuk
mengarah sektor pengeluaran
pertanian menjadi lebih moden,
berkomersil dan mampan melalui konsep pertanian
bersepadu berteknologi tinggi yang
mengoptimumkan penggunaan sumber
pertanian bersepadu berteknologi
tinggi yang mengoptimumkan
penggunaan sumber dan memaksimumkan
kualiti hasil serta pengenalan
mekanisasi dan pengautomatan di
semua peringkat pengeluaran
pertanian untuk mencorak pekerjaan
pertanian menjadi lebih menarik dan
cekap. Usaha ini disampaikan kepada
pembentukan graduan yang peka dan
berkemampuan menyumbang kepada
pembangunan sektor pertanian yang
moden dan dinamik.
Matlamat jabatan ini ialah untuk
melaksanakan fungsi dan
tanggungjawab untuk menjadi sebagai
pusat kecemerlangan dalam
memperkenalkan dan memperluaskan
penggunaan sains dan teknologi serta
memperkukuhkan pembelajaran dan
penyelidikan di bawah teras
teknologi pertanian.