Latarbelakang



Jabatan ini menumpukan pengajian dalam aspek pembangunan tanah lestari seperti pedologi, guna tanah, fizik dan pemuliharaan tanah, kimia tanah, mikrobiologi tanah, kesuburan dan pengurusan tanah serta aspek berkaitan tanah yang menyokong pengeluaran tanaman. Penyelidikan yang dijalankan merangkumi pengurusan tanah dan air, pembaikan keasidan tanah, kegunaan bahan peminda organik dan tak organik, kajian logam berat dan persekitaran, keberkesanan baja nitrogen dan fosforus, kajian pengikatan nitrogen secara biologi dan penghasilan fitohormon, keperluan makro dan mikronutrien, dan pertanian persis.

JABATAN PENGURUSAN TANAH
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-97694925/4913 Faks :+603-8940 8316