Jabatan
Akuakultur (JAkua)
ditubuhkan pada September 2007
dan kini ditempatkan di Kompleks
Fakulti Pertanian 2, UPM. Bidang
akuakultur kini merupakan bidang
yang berkembang pesat di seluruh
dunia lantaran permintaan yang
meningkat terhadap produk
akuakultur sebagai sumber
protein. Bidang akuakultur
merupakan komponen yang penting
dalam industri pertanian kini.
Tujuan utama penubuhan jabatan
ini adalah untuk menghasilkan
graduan yang berkemahiran dan
berpengetahuan dalam bidang sain
dan teknologi dan memastikan
graduan-graduan ini mampu
menguruskan projek akuakulur
demi meningkat pembangunan
bidang akuakultur dalam negara
ini.
Kakitangan di dalam jabatan ini
mempunyai displin yang pelbagai
bidang akuakultur yang
merangkumi pengajaran,
penyelidikan dan khidmat
pengembangan. Antara bidang yang
menjadi fokus jabatan adalah
teknologi akuakultur, teknologi
pemakanan ikan, teknologi
pembiakan, genetik dan
pembiakan, kesihatan ikan,
bioteknologi akuakultur, pasca
tuai dan teknologi produk
akuakultur.
Objektif Jabatan Akuakultur
adalah; 1) memantapkan
pendidikan dan kecemerlangan
pendidikan dalam akuakultur, 2)
menghasilkan profesional dalam
bidang akuakultur, 3) menyumbang
kearah pembangunan bidang
akuakultur di Malaysia melalui
penyelidikan graduan dan
pendidikan.
JABATAN AKUAKULTUR
Fakulti Pertanian,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-8946 4240 Faks
:+603-8946 4102
Direktori Jabatan
Akuakultur
Laman Web Rasmi Jabatan
Akuakultur