MENGENAI
KAMI
Pengenalan
Fakulti Pertanian adalah satu daripada tiga fakulti
pengasas dalam penubuhan Universiti Pertanian
Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia ) pada
1971. Bermula dengan tujuh jabatan di bawahnya,
fakulti ini telah menjadi pengasas kepada penubuhan
beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan
dengan membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi
taraf fakulti sendiri.
Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai 3
jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan
Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan
Jabatan Sains Tanah.
Bermula pada 1 Januari 1999, proses penstrukturan
semula di Universiti Putra juga
melibatkan Fakulti
Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan
penyatuan atau integrasi elemen utama dalam sistem
pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi
dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini, Fakulti
Pertanian kini mempunyai
enam jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan,
Perlindungan Tumbuhan, Pengurusan Tanah,
Perniagaantani dan Sistem Maklumat, dan Teknologi
Pertanian.
Sebagai fakulti
pertanian terunggul di negara ini, maka
Fakulti Pertanian
mempunyai peranan utama untuk menangani secara
langsung masalah pertanian semasa negara serta
prospek pembangunan industri pertanian dalam jangka
masa panjang terutama kepada program latihan sumber
manusia dengan tenaga terlatih yang terdiri daripada
graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan
berupaya bersaing dalam arena industri.
Berlandaskan
sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha
mengeluarkan pakar pertanian terlatih, berciri
keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di
mana saja, di samping menghasilkan teknologi
pertanian baru dan tinggi, hasil dari program
penyelidikan dan pengkomersilan. Fakulti Pertanian kini menawarkan program
pengajian yang terdiri daripada program
Bacelor
Sains Pertanian, Bacelor Sains Hortikultur, dan
Bacelor Sains (Perniagaantani). Program baru
peringkat Bacelor yang ditawarkan adalah
Bacelor Sains Pertanian (Akuakultur) dan
Bacelor
Sains Pertanian (Sains Ternakan). Manakala pada
peringkat Master, Fakulti
Pertanian menawarkan program
Master Sains Pertanian,
Master Sains, Master Sains Pengurusan Tanah, Master
Sains Pengurusan Perladangan, Master Sains
Pengurusan Sumber Lestari dan
PhD.
Misi Fakulti
-
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan
dan teknologi pertanian tropika.
-
Meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat
pembelajaran dan penjanaan ilmu dan teknologi
pertanian.
Objektif Fakulti
-
Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang
biosumber dan teknologi melalui:
-
Penghasilan graduan berkualiti yang berilmu
tinggi, kreatif dan inovatif di samping
mempunyai semangat keusahawanan.
-
Peningkatan usaha untuk aktiviti
penyelidikan kearah penggunaan teknologi,
pengeluaran produk, proses dan sistem yang
berkualiti dalam pertanian.
-
Untuk menjadi pusat unggul dalam khidmat
perundingan dan pertanian.
-
Untuk menjadi pusat rujukan maklumat berkaitan
pertanian dan berkeupayaan memainkan peranan
aktif dalam penggubalan Dasar Pertanian Negara.
Objektif Kualiti Fakulti
Pertanian
Objektif Pengajaran Pra-Siswazah Fakulti Pertanian
adalah untuk melahirkan graduan pertanian yang
relevan, berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
Polisi Kualiti Fakulti Pertanian
Fakulti Pertanian UPM beriltizam mencapai
kecemerlangan dalam pendidikan pertanian tropika
menerusi sistem pengurusan kualiti yang sentiasa
dipertingkatkan untuk memenuhi kepuasan pelanggan,
selaras dengan MS ISO 9001:2008.
Kakitangan Fakulti Pertanian sentiasa melaksanakan
tanggungjawab dalam usaha mencapai objektif kualiti
Fakulti yang ditetapkan, seterusnya memastikan
objektif tersebut dikaji semula
secara berkala, selaras dengan misi, matlamat
dan Polisi Kualiti Fakulti Pertanian. |