BACELOR
SAINS HORTIKULTUR
Kemaskini:
13/04/2012 Penyelaras ProgramProf Madya Dr Siti Aishah Hassan Emel: aishah@agri.upm.edu.my Tel: +603-8947 4836 Faks: +603-8947 4918
Bacelor Sains Hortikultur adalah program pengajian sepenuh masa yang memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran, teknik dan amalan hortikultur. Ini akan membolehkan mereka menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaan teknologi moden dalam industri hortikultur untuk faedah manusia sejagat. Kursus dalam program ini merangkumi sains asas, biologi gunaan, sains tanah, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi. Aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian perniagaan hortikultur merupakan komponen integral dalam program ini. Selain dari latihan dalam kampus, pelajar akan didedahkan kepada situasi sebenar dengan menjalani latihan praktik di industri berkenaan. SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum STPM Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Matrikulasi / Asasi Sains Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi Sains UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNKG 2.00, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA, ATAU
Lulus peperiksaan STPM / Matrikulasi tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat PNGK 2.00, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), SERTA
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
|