Perkhidmatan/Kemudahan

Makmal Agrobioteknologi

Makmal Agrobioteknologi terdiri daripada empat makmal, Makmal Teknologi Gen, Makmal Mikrobiologi, Makmal Biologi Sel dan Makmal In-Vitro. Makmal-makmal ini memberi penekanan kepada pengajaran dan penyelidikan, terutamanya dalam bidang bioteknologi tumbuhan. Fokus penyelidikan adalah pada pembiakan mikro, transformasi genetik, pengekspresan gen dan pengklonan, mikrob berguna dan teknik penanda molekul. Tanaman yang dikaji termasuk tanaman herba dan bunga-bungaan seperti Orthosiphon stamineus (Misai Kucing),  Gynura procumbens (Sambung Nyawa) dan Orkid. Peralatan yang terdapat di makmal-makmal ini adalah seperti Real Time PCR, microplate readers, nanodrop, biolistic particle delivery system dan fermentor. 

Sebelum ini, makmal-makmal ini telah banyak menerima lawatan daripada para pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah dan guru-guru daripada Semenanjung Malaysia.


Makmal Pertanian Persis

Makmal pertanian persis dilengkapi dengan pakej pemprosesan data untuk permodelan geostatistik dan geospatial, analisa dan interpretasi imej, analisa Neural Network dan sistem penilaian risiko. Makmal ini juga dilengkapi dengan peralatan seperti sistem kedudukan sejagat serta penderia optikal dan proximal. Maklmal ini digunakan untuk membantu pengajaran Prinsip dan Aplikasi Pertanian Persis (TKP 5401) dan Teknologi Pertanian Moden (TKP 3001).