BACELOR
SAINS PERTANIAN
Penyelaras:
Prof.
Madya Dr. Mohd Ridzwan A. Halim
Program ini bercorak multi dan interdisplin serta berfokus kepada sains pertanian merangkumi bidang sains asas, sains gunaan dan sains sosial. Skop dan bidang pertanian memberi tumpuan terhadap sisem biotik, fizikal dan sosial. Program ini juga memberi penekanan terhadap aspek sains dan teknologi pengeluaran serta penggunaan komoditi pertanian perladangan, pertanian makanan dan pertanian bersepadu. Program Bacelor Sains Pertanian bertujuan mengeluarkan graduan yang berdaya maju dan berperanan sebagai ahli sains gunaan profesional yang terlibat dalam perancangan, pengurusan serta penyelidikan untuk meningkatkan kualiti dan daya saing pengeluaran sektor pertanian negara.
SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum STPM
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya
Gred C dalam matapelajaran Kertas Am, DAN
Gred C dalam dua (2) mata pelajaran lain, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum Aliran KPM / Asasi Sains UM
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNKG 2.00, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum Diploma
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA, ATAU
Lulus peperiksaan STPM / Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, DAN
Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, ATAU
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat PNGK 2.00, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), SERTA
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
Biologi
Kimia
Fizik
Matematik / Matematik Tambahan, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia
Matematik / Matematik Tambahan
satu (1) mata pelajaran Sains, DAN
dua (2) mata pelajaran lain.