Tahniah Kepada Penerima Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Tahniah kepada Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021

Tahniah kepada Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021

 
 
 
Tiga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021 yang telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
Penerima tersebut ialah pelajar UPM di peringkat Doktor Falsafah (PhD), S.Mogesh dalam pengkhususan Clinical Health (Stem Cells) serta dua pelajar di peringkat sarjana (Master) iaitu Nur Amirah Syafiqah Salman (Agro Science) dan Nur Aina Izzati Mohd Mokhtar (Analytical Chemistry).
 
Mogesh daripada Fakulti Perubatan Veterinar berkata beliau sangat bersyukur dan terharu dengan penerimaan tersebut kerana biasiswa tersebut merupakan biasiswa yang paling prestij yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.
 
Sementara itu, Nur Aina Izzati daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains juga meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila menerima biasiswa tersebut.
 
Nur Amirah Syafiqah daripada Fakulti Pertanian pula berkata beliau tidak menyangka akan menerima biasiswa tersebut kerana kira-kira 60 calon yang menghadiri temu duga BYDPA ini. “Dalam kajian kertas kerja yang dibentangkan juga saya perlu memberikan sesuatu impak yang baik kepada negara serta kajian yang akan membantu masyarakat,” katanya.

Tarikh Input: 12/03/2022 | Kemaskini: 12/03/2022 | syazreena

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUEAo~