| FAKULTI PERTANIAN

Tahniah kepada Dr. Chua Kim Aik, Ketua Pegawai Eksekutif Green World Genetics Sdn. Bhd. di atas pelantikan sebagai CEO@PTJ sesi 2021-2023

 
Tahniah diucapkan kepada Dr. Chua Kim AikKetua Pegawai Eksekutif Green World Genetics Sdn. Bhd. di atas pelantikan sebagai CEO@PTJ sesi 2021-2023 bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa 1 November 2021 hingga 30 Oktober 2023.
 
Program CEO@PTJ merupakan program yang menghimpunkan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) serta peneraju industri tempatan dan antarabangsa ke Universiti Putra Malaysia  (UPM) bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar serta warga Universiti. Objektif utama program ini adalah:
 
a) CEO menjadi ikon kepada pelajar dan fakulti;
 
 
b) Membangunkan integrasi dan sinergi kerjasama di antara pakar dari industri dengan
penyelidik dan pelajar di Universiti;
 
 
c) Meningkatkan pendedahan industri kepada pelajar dan warga fakulti;
 
 
d) Merekrut dan membangun bakat terbaik terutama dalam kalangan pelajar untuk pengamal industri dengan menunjukkan laluan kerjaya pelbagai balapan; serta
 
e) Meningkatkan visibiliti bagi kolaborasi kerjasama di antara industri dan Universiti.
 
 
Dengan pelantikan ini, diharapkan perkongsian pengalaman dan bimbingan kepada pelajar dan pensyarah Universiti dapat dilakukan selain daripada membantu dalam hal-hal seperti pengembangan pendidikan untuk memastikan kesesuaian pembelajaran dan kriteria adalah mengikut acuan dan keperluan industri.

SXESMAR~