Penubuhan Universiti Pertanian Baharu Tidak Perlu - Sultan Sharafuddin | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Penubuhan Universiti Pertanian baharu tidak perlu - Sultan Sharafuddin

Penubuhan Universiti Pertanian baharu tidak perlu - Sultan Sharafuddin

Tanah UPM kurniaan Nenda baginda harus dimajukan untuk kepentingan pendidikan tinggi



SERDANG – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah cadangan menubuhkan Universiti Pertanian baharu adalah tidak perlu sebaliknya peruntukan yang ada bagi penubuhan tersebut sewajarnya disalurkan kepada UPM untuk memperkasa pertanian berimpak tinggi secara lestari dan membawa impak yang bermakna kepada masyarakat.

Baginda menekankan walaupun Universiti itu telah bertukar nama daripada Pertanian kepada Putra, UPM masih terus memperkukuhkan bidang agribio yang menjadi teras penubuhannya seperti pertanian, perhutanan dan veterinar, selain disiplin berkaitan selaras dengan keperluan masyarakat dan negara.

"Pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan, pusat Kecemerlangan bagi Pendidikan Pertanian dan Pusat Kecemerlangan Agro-Bioteknologi menunjukkan UPM sentiasa menyokong matlamat dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan kompetitif rantaian nilai sektor pertanian, selain meningkatkan pengeluaran makanan negara secara mampan.


Tarikh Input: | Kemaskini: | afeeq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEZHA3~