| FAKULTI PERTANIAN

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Fakulti Pertanian 2018

Sempena Minggu KKP, Fakulti Pertanian telah menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada 18 – 21 September 2018. Minggu KKP merupakan aktiviti tahunan kali ketiga sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2016 di Fakulti Pertanian. Tujuan minggu ini diperkenalkan adalah bagi memberi pendedahan kepada semua staf dan juga pelajar Fakulti Pertanian tentang kepentingan isu KKP (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) di tempat kerja.
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Keselamatan Makmal dan Amalan Ladang Terbaik, Kursus Gaya Hidup Sihat, Kursus Pengurusan JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP), Taklimat BOMBA, dan juga Taklimat Keselamatan Makmal untuk pelajar pra siswazah dan juga siswazah Fakulti Pertanian. Aktiviti lain juga diadakan untuk menarik minat staf dan pelajar dalam melibatkan diri dalam aktiviti KKP ini adalah seperti Pertandingan OSH Race yang disertai oleh sembilan (9) kumpulan terdiri daripada pensyarah, staf pelaksana dan juga pelajar. Selain itu, fakulti juga mengadakan Pertandingan Mencipta Video Pendek KKP.
 
Bagi menghargai staf fakulti yang banyak menyumbang dalam KKP, beberapa anugerah telah diberikan seperti Anugerah Tempat Kerja Selamat FP 2018 (Makmal Fisiologi, Jabatan Sains Tanaman), Anugerah Majikan KKP Terbaik 2018 (Dr. Shokri Jusoh, Jabatan Sains Haiwan dan Pn.Noor Azwa Zulkaliph@Zulkifli, Jabatan Sains Tanaman), dan juga Anugerah Pekerja KKP Terbaik FP 2018 (Pn. Siti Nadirah Dasar, Ladang 10 dan Pn. Asmalina Abu Bakar, Jabatan Perlindungan Tumbuhan).
 
 
Perasmian Minggu KKP
 
Taklimat Kursus Gaya Hidup Sihat
 
Taklimat BOMBA
 
 
Antara tugasan yang ditetapkan untuk OSH Race
 
Peserta menyelesaikan tugasan dalam aktiviti OSH Race
 
 
 

SXDdCA0~