Majlis Perasmian Agri – Relation Of ASEAN Universities Network (AUN) | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Majlis Perasmian Agri – Relation of ASEAN Universities Network (AUN)

Majlis Perasmian Agri – Relation of ASEAN Universities Network (AUN)

Pada 31 Julai sehingga 13 Ogos 2018, Universiti Putra Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Program Agri – Relationship of ASEAN Universities Network (AUN) siri kedua bertempat di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia selepas kejayaan program tersebut yang telah berlangsung di Thaksin University, Phatthalung Campus, Thailand tahun lalu.

Program berdurasi 14 hari ini merupakan program inbound yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Fakulti Pertanian yang melibatkan penyertaan daripada universiti-universiti luar yang terdiri daripada dua buah Negara yakni Indonesia dan Thailand iaitu Universitas Sebelas Maret, Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Universitas Syiah Kuala, Universitas Muria Kudus dan Thaksin University, Thailand. Program ini telah berjaya menarik sebanyak 20 penyertaan daripada kedua-dua buah negara tersebut.

 
 

Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta akan perkembangan sektor pertanian di Malaysia di samping mengetengahkan sosio budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum khususnya. Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan, dapat bertukar-tukar idea khususnya dalam sektor pertanian di Indonesia mahupun Thailand seterusnya dapat mengoptimakan lagi peningkatan kegiatan ekonomi ketiga-tiga belah pihak.

Majlis telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pertanian sendiri iaitu YBhg. Prof. Abdul Shukor Juraimi. Majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil penganjur terdahulu iaitu Dr. Uraiwan Tongkaemkaew daripada Thaksin University, barisan pengiring universiti yang lain iaitu Puan Rahmi Hayati Putri daripada Universitas Muhammadiyah Purwokerto serta Prof. Dr. Ir. Samadi (Dekan) dan Dr. Syafrudin (Timbalan Dekan) daripada Universitas Syiah Kuala.

 
 
Di penghujung majlis perasmian ini juga telah diadakan sesi penyerahan bendera sebagai simbolik penyerahan Program Agri – Relationship of ASEAN Universities Network (AUN) ke Universiti berikutnya bagi siri ketiga iaitu kepada Universita Syiah Kuala, Aceh, Indonesia untuk diadakan pada tahun 2019.
 
 

Tarikh Input: 07/09/2018 | Kemaskini: 24/08/2020 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUEA2~