| FAKULTI PERTANIAN

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Kakitangan Fakulti Pertanian




SERDANG, 31 Julai 2013 - Kelab Sosial dan Kebajikan Fakulti Pertanian telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawikh dan Penyampaian Sumbangan bersempena Bulan Ramadhan 1434 pada 31 Julai 2013 (Rabu) bertempat di perkarangan Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian.



Majlis ini turut disertai oleh seramai 40 orang Anak-Anak Yatim & Asnaf Zakat dari Baitul Barokah Wal Mahabbah, Salak Tinggi, Sepang. Bersempena bulan yang mulia ini, warga Fakulti Pertanian telah bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada Keluarga Staf Fakulti yang telah meninggal dunia dan sumbangan berupa bantuan kewangan, wang raya dan barangan keperluan kepada 'Anak-Anak Yatim dan Asnaf Zakat' dari Pusat Jagaan Baitul Barokah Wal Mahabah, Kampong Ginching, Salak Tinggi, Sepang.

Majlis turut disertai oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Naib Canselor UPM yang turut sama bermesra dengan tetamu istimewa ini.

Pihak Jawatankuasa merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan kehadiran semua.


SXDdWAD~