| FAKULTI PERTANIAN

Lawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam

Serdang, 5 April 2022 - Lawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam ke UPM telah berlangsung pada 5 April 2022 sekitar jam 10.30 pagi.
 
 
 
 
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali berkunjung ke Blok E & Blok C Fakulti Pertanian bagi melihat aktiviti 'Urban Farming' serta Kisok K-Shoppe. 
 
 
 
 
 
Selain itu, beliau turut melawat ke Institut Biosains, Kawasan Konservasi Herba serta Rumah Cendawan (Pusat Pertanian Putra) dan Muzium Warisan Melayu (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi)
 
 
 
Sebelum itu, Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyampaikan ucapan alu-aluan kepada TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali dan delegasi.
 
 
 
Pengarah, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman kemudiannya menyampaikan taklimat pengenalan dan pencapaian UPM.
 
Lawatan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Khas Yang di-Pertua, Negeri Melaka, Dato’ Nur Azmi Ahmad, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad.
 
 
 
 

 

SXETNAc~