PADI2U - Inovasi IOT Tanaman Padi | FAKULTI PERTANIAN
» ARTIKEL » PADI2U - Inovasi IOT Tanaman Padi

PADI2U - Inovasi IOT Tanaman Padi

30 Jun 2019 - PADI2U merupakan aplikasi telefon pintar yang dibangunkan untuk padi di KADA Kelantan. Aplikasi telefon ini mengandungi maklumat KADA, PadiU Putra, cuaca, lokasi, penyakit dan perosak padi, cara kawalan serangan, pembajaan, jadual tanaman, hasil tuaian dan imej multispektral. Pembangunan aplikasi ini dibuat kerana untuk membantu petani dalam pengurusan padi di sawah padi. Dengan bantuan aplikasi ini, petani dapat mengetahui maklumat padi dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu melihat ke seluruh kawasan sawah. Hanya berpandukan maklumat imej dalam aplikasi ini petani dapat membuat tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan hasil padi.

Aplikasi telefon pintar ini boleh dimuat turun di Google Playstore dan pengguna boleh terus menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan maklumat.Aplikasi telefon ini dibina menggunakan perisian pembangunan aplikasi telefon Master App Builder. Bahan yang diperlukan seperti dron, perisian, komputer, telefon pintar, web server dan kamera.

Kelebihan aplikasi telefon ini berbanding dengan aplikasi yang sedia ada ialah imej multispektral yang terdapat dalam aplikasi PADI2U. Tiada kos yang diperlukan untuk memuat turun aplikasi ini. Teknologi yang digunakan, telefon pintar juga mudah di dapati dan hampir semua petani memiliki telefon pintar. Masa yang diperuntukkan untuk memuat turun juga singkat dan petani boleh menggunakan aplikasi ini pada bila-bila masa.

PADI2U akan berguna kepada petani dengan cara mendapatkan maklumat. Petani sering mengalami masalah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang betul tentang tanaman mereka. Jadi penghasilan aplikasi ini boleh membantu mereka menangani masalah untuk mencarimaklumat dan gamabr-gambar yang diperlukan. Petani juga dapat mengawal racun dan baja yang diperlukan kerana semua rawatan baja dan racun akan berpandukan kondisi plot padi berdasarkan imej multispectral.

 

 

Dr. Nik Norasma bt Che’Ya
Jabatan Teknologi Pertanian
Fakulti Pertanian UPM
Emel : niknorasma@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 01/07/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUHAL~