| FAKULTI PERTANIAN

Anugerah Fellowship Naib Canselor

Ringkasan Artikel

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Prof. Dr. Loh Teck Chwen dan Prof Madya Dr Wong Mui Yun atas Anugerah Fellowship Naib Canselor yang telah disampaikan oleh D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Canselor UPM.

Tahniah diucapkan kepada Pegawai Akademik berikut yang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor yang dipilih berdasarkan kepada nilai utama universiti iaitu kecemerlangan, kepelbagaian, kelestarian dan integriti.

Pegawai akademik berikut adalah:

i) Prof Madya Dr Wong Mui Yun (Kategori Penerbitan Makalah Jurnal)
ii) Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi (Kategori Inovasi dan Pengkomersialan)
iii) Prof. Dr. Loh Teck Chwen (Perunding Cemerlang Tempat Kedua)

Anugerah telah disampaikan oleh D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Canselor UPM sempena Majlis Gemilang Akademia Putra 2017 pada 14 Mei 2018 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan kepada semua warga UPM.

Prof Madya Dr Wong Mui Yun (Kategori Penerbitan Makalah Jurnal)

Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi (Kategori Inovasi dan Pengkomersialan)

Prof. Dr. Loh Teck Chwen (Perunding Cemerlang Tempat Kedua)

SXDdHAe~