BACELOR PERTANIAN (AKUAKULTUR)
Kemaskini:
13/04/2012 Penyelaras Program Bac. Pertanian
(Akuakultur)En. Abdullah Abdul Rahim Emel: ar_abdullah@putra.upm.edu.my Tel: 03-8947 4883 Faks: 03-8947 4949 Program Bacelor Pertanian (Akuakultur) ini digubal sebagai satu program yang unik kerana ia memberi tumpuan khusus kepada akuakultur air tawar dan payau. Kursus ini diwujudkan dengan mengambil kira keadaan semasa tentang penekanan kepada industri berasaskan pertanian oleh Kerajaan serta penggunaan bioteknologi dan teknologi maklumat. Beberapa kursus baru ditawarkan di program ini yang unik di antaranya Keusahawanan Pertanian, Pengantar Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan, ICT dalam Akuakultur, Prinsip Pengurusan dan Pemasaran Pertanian, Akuakultur Bersepadu dan Amalan Ladang Akuakultur dan beberapa kursus biologi lain yang berkaitaan dengan industri akuakultur. Program ini bertujuan melatih graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan mempunyai sifat kepimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing dalam pelaksanaan kerja di pelbagai sektor yang terlibat dalam perkhidmatan, penyelidikan, pengembangan, pendidikan, pengeluaran dan pengurusan akuakultur air tawar dan payau yang mampan. SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum STPM Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum Aliran KPM / Asasi Sains Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi Sains UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNKG 2.00, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT KEMASUKAN - Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / kepujian Bahasa Melayu kertas Julai; DAN
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA, ATAU
Lulus peperiksaan STPM / Matrikulasi tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat PNGK 2.00, DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), SERTA
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
Kemaskini: 13/04/2012 |