Doktor Falsafah (PhD)

Fakulti Pertanian menawarkan dua Program dengan Tesis; Master Sains (MS) dan Doktor Falsafah (PhD). Di akhir program pelajar perlu menghantar tesis dan memenuhi keperluan minimum 9 kredit kursus untuk bergraduat. Pelajar PhD juga perlu membentangkan seminar berkaitan penyelidikan yang dijalankan. Tempoh pengajian bagi pelajar PhD adalah 2-5 tahun.

 SYARAT KEMASUKAN

Pemohon mesti mempunyai :

  • Ijazah sarjana dalam bidang atau bidang berkaitan yang diterima oleh Senat UPM; atau

  • Kelayakan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau

  • Calon yang tidak mempunyai kelayakan berkaitan dalam bidang atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan hendaklah mengikuti kursus prasyarat yang sesuai yang ditentukan oleh Fakulti/Sekolah/Institut; atau.

  • Ijazah Sarjana Muda dengan syarat berikut:
    i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
    ii) Menjalani penilaian dalaman oleh Fakulti/Sekolah/Institut.; dan
    iii) Sebarang keperluan lain Fakulti/Sekolah/Institut
    Nota : Bagi pemohon yang diterima masuk dari Ijazah Sarjana Muda hingga PhD, pemohon tidak akan dianugerahkan Ijazah Sarjana sekiranya pemohon gagal viva voce.

  • Pemohon yang berada di semester akhir program pengajian sarjananya boleh dipertimbangkan untuk kemasukan sementara tertakluk kepada CGPA semasa atau yang setaraf dengannya memenuhi syarat kemasukan program Ijazah Kedoktoran.

  • Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti/Sekolah/Institut bagi setiap program.

 

BIDANG PENGAJIAN
  • Agronomi
  • Akuakultur
  • Ekonomi Pertanian
  • Entomologi
  • Hortikultur
  • Kelakuan dan Kebajikan Haiwan
  • Patologi Tumbuhan
  • Pengembangan Pertanian
  • Patologi Tumbuhan
  • Pengurusan Perosak
  • Pengurusan Sumber Tanah
  • Perniagaantani
  • Produksi Haiwan
  • Sains Haiwan
  • Sains Perikanan
  • Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Teknologi Pertanian

 

  PERMOHONAN KEMASUKAN                          

 Sila memohon dalam talian melalui http://www.sgs.upm.edu.my dan Hantar dokumen sokongan permohonan anda ke alamat berikut:

  Sekolah Pengajian Siswazah
  Universiti Putra Malaysia
  Zone 4, Off Jalan Stadium
  43400 UPM Serdang
  Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
  (Unit Pengambilan)


 Tel  : (603) 9769 4210 / 4216 / 4218 / 4200
         (603) 9769 2509 / 9769 4232
  Email  : pg_admission@upm.edu.my
  Facebook : https://www.facebook.com/sgsupm