Peluang menyertai program mobiliti sentiasa terbuka kepada pelajar Fakulti Pertanian di sepanjang pengajian. Melalui program ini, pelajar boleh memperluaskan pengalaman dan pandangan mereka di peringkat antarabangsa serta memperlengkapkan diri menghadapi cabaran global. Program mobiliti yang ditawarkan termasuklah lawatan penyelidikan, pertukaran pelajar, program musim panas dan penempatan antarabangsa selama satu tahun.