Pengenalan

Slider

Program International Agriculture Students Symposium (IASS) telah diadakan sebanyak enam (6) kali sejak tahun 2009. Program ini telah dijayakan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Fakulti Pertanian, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia untuk memberi peluang kepada pelajar tempatan dan antarabangsa dalam mempelajari ilmu dan bertukar maklumat berkaitan pertanian. Setiap sesi program IASS yang diadakan mempunyai tema yang berbeza-berbeza. Bilangan peserta yang menyertai sepanjang sesi-sesi program IASS diadakan adalah lebih 43 peserta dari universiti tempatan dan lebih 195 peserta dari universiti antarabangsa. Universiti antarabangsa yang terlibat dari beberapa negara termasuk Afghanistan, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Germany, India, Indonesia, Japan, Kazakhstan, Kenya, Philippines, Switzerland, Thailand dan Vietnam.